AMELDA HAJI TAMRIN Episod 1
AMELDA HAJI TAMRIN
Tuan Muhammad Faiz
"Dekat mana lagi kita nak cari?" Dania mula kerisauan apabila Tahir tidak di jumpai
"Kita kena dapatkan bantuan orang kampung. Lagipun kita bukan tahu laluan masuk ke tengah hutan, nanti kita pula yang sesat" Yusof menyisip pisau tajam ke sarung
"Aku setuju dengan apa yang Yusof cakap. Kita tak boleh terus melulu masuk tengah hutan sebab lagi pun kita tak tahu selok belok dalam hutan ni. Hari dah nak gelap" Najmi menyampuk
"Tolonglah korang!. Kita balik, minta bantuan. Aku takut dalam hutan ni" Tania kelihatan gelisah di dalam hutan, Amelda hanya melihat di atas pokok
"Sekarang ni, kita pergi cari bantuan. Selamatkan Tahir, dah jom ikut arah anak sungai" ajak Yusof memikul beg sandang menuju ke arah anak sungai
Yusof berjalan berhati hati takut jika ada serangan binatang liar, dia lebih bersedia. Hari semakin gelap, membuatkan Yusof dan lain berjalan merapati satu sama lain. Tali di ikat pada pinggang masing masing agar tiada lagi yang hilang mahupun tersesat jalan.
Sscceertthh!!..
Yusof mengangkat tangan tanda suruh berhenti dari berjalan. Anak mata nya melihat sekeliling namun tiada apa apa yang pelik. Suasana dalm hutan cukup sunyi. Mereka meneruskan perjalanan menuju ke arah anak sungai. Tiba tiba, terdengar kocakan air seolah olah ada orang lain tengah mandi manda. Terdengar suara wanita ketawa halus, Yusof perlahan mengintai dari pokok yang agak merimbun. Yusof melihat jelas 3 orang wanita yang cukup cantik berkemban tengah mandi manda dengan gembira.
Tiba tiba..
Wanita yang asyik menepuk nepuk air berhenti bersama wanita yang lain. Hanya keras kaku melihat ke arah belakang membelakangi Yusof serta yang lain. Yusof mengambil keputusan untuk pergi dari situ saat Yusof berpaling Yusof tergamam, wajahnya pucat lesi. Kelihatan wanita di lihatnya tadi tersenyum melihat ke arahnya di sebelah kanan.
"Sudikah kau, jika kau menemani aku?" Wanita itu memulakan kata
Yusof hanya menggigil melihat wanita itu dan dia tahu wanita itu bukanlah manusia. Bermacam macam surah Yusof cuba baca tapi hampa kerana tiada satu pun yang dia ingat. Wajah wanita misteri itu perlahan lahan merapati Yusof, membuat Yusof berundur kebelakang. Najmi segera bertepik
"Pergi kau, syaitan laknattullah!"
Wanita yang ayu sebentar tadi menerkam ke arah Najmi. Wajahnya tiba tiba menggerutu, darah merah jelas kelihatan mengalir dari rekahan di kepala.
"Allah.. Allah.. Allah.."
Najmi tidak mampu berbuat apa apa hanya ungkapan nama Allah SWT sahaja bermain di mulut. Tubuh nya kaku tak mampu bergerak
"Yyeerrkhh!!"
Kedengaran bunyi nyaring dari mulut wanita itu bergema dalam hutan, Najmi pantas menutup telinga. Kedengaran sahutan wanita itu di sahut yang lain. Tania dan Dania menggigil ketakutan cuma Amelda memejam mata rapat. Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu, tanpa di sangka Amelda melompat tinggi dan menumbuk kuat Wanita misteri yang menghempap tubuh Najmi.
"Allahuakbar!"
Wanita misteri itu terpelanting jauh, gerak lincah silat seni gayung di persembahkan oleh Amelda. Yusof, Najmi, Dania dan Tania tergamam melihat kehebatan Amelda. Mata Amelda kelihatan garang, menggerak langkah satu persatu. Wanita itu cuba menyerang balas tapi libasan kain kuning dari Amelda menyinggah tepat di tengkuk wanita itu.
"Aaarrggghh!!.. Kau siapa!" Wanita misteri itu mengherdik Amelda
"Aku sedikit tak takut dengan kau. Mari ke mari" Amelda tersenyum sinis
Wanita itu seakan tercabar dengan Amelda. Kehadiran 10 wanita berambut panjang merapati wanita misteri itu. Dia tersenyum sinis
"Kau yakin mampu menewaskan kami?. Hahahaha" wanita misteri menjulang ke langit di ikuti 10 wanita yang lain dan laju menerpa ke arah Amelda yang tampak tenang
"Bismillaahil la dzi laa ya dhur ru ma'as mihi syai un fil ardhi walaa fis samaa'i wahuwas samii'ul aliim" Amelda pantas membaca Ayat bismillah 5 rangkap terakhir
Kain kuning yang di pegang pantas melibas ke arah 11 wanita yang menerpa ke arahnya. Terlihat cahaya terang berderang menerangi kawasan hutan yang gelap gelita. 11 wanita misteri hilang dan tidak kelihatan yang ada hanya Amelda kelihatan termengah mengah. Amelda perlahan mengesat peluh yang membasahi dahi nya.
"Pergi ambil Tahir dekat pokok sebelah kau cepat, kita kena keluar sebelum keadaan bertambah melarat" Arah Amelda pada Najmi
Najmi dan Yusof pantas mencari Tahir di tempat yang dikatakan Amelda. Kelihatan Tahir terbaring di sudut pokokdengan tubuhnya diselaputi tubuh. Tania hanya tergamam tak menyangka Amelda mampu menewaskan makhluk halus sebentar tadi. Yusof hanya menggaru garu kepalanya.
"Siapa Amelda sebenarnya ni?" Bisik Yusof sendiri.
Walaupun penat, Amelda mengetuai langkah kaki untuk keluar dari dalam hutan. Dia hanya tersenyum sendiri melihat Tahir telah pun di jumpai.
- Tamat -

Ulasan
Catat Ulasan