AMELDA HAJI TAMRIN Episod 2


AMELDA HAJI TAMRIN Vol.2

Tuan Muhammad Faiz

Tamrin mengerang kesakitan yang amat sangat, tubuhnya terketar ketar menahan asakan dari arah dalam. Manusia tetap manusia, gelaran Haji bukanlah penyelamat serta bukanlah malaikat. Hajah Munah sudah pun terbaring kaku di tepi Amelda yang tercengang melihat Tamrin bertarung nyawa, air matanya membasahi pipi. Tubuh yang terketar-ketar seakan kejung sebelum jatuh rebah ke bumi, sesusuk tubuh muncul samar-samar dari arah pintu membuatkan Amelda menggigil ketakutan. Makhluk bertanduk melihat Amelda dengan pandangan mata merah yang menggerunkan, perlahan lahan terapung apung mendekati Amelda..

"Berhenti!.." terdengar teriakan dari arah luar

Pintu depan terbuka luas, kelihatan Kamal berdiri dengan kain lilitan serban di tangan. Wajahnya terlihat bengis, pandangan matanya melihat jasad Haji Tamrin dan Hajah Munah yang terbaring kaku.

"Turun kalau kau benar hebat sangat!"

Makhluk bertanduk hanya tersenyum sebelum hilang dan muncul di bawah rumah. Kemarahan Kamal benar-benar sudah ke kemuncak, Wak Deraman main kasar dengan menghantar belaan yang meragut nyawa Haji Tamrin dan Hajah Munah.

"Apa yang kau nak dari mereka!" Soal Kamal tegas

"Dia kirim aku supaya hapuskan semua keturunan Tamrin. Kau siapa wahai manusia?" Kedengaran suara nyaring bergema membuatkan Amelda bersembunyi di balik pintu ketakutan.

"Aku keturunan yang sama dengan Haji Tamrin. Hapuskan aku dahulu jika kau nak ambil nyawa Amelda!"

Makhluk bertanduk tersenyum menyeringai cuba menyerang pantas Kamal yang berdiri tegak bagaikan pahlawan. Tapi Kamal terlebih dahulu meliuk lentok mengelak serangan, Kamal mengalami sedikit kesukaran untuk menyerang balas memandangkan Makhluk yang tidak henti henti melancarkan serangan. Kamal hanya melihat peluang andai kata mampu untuk membalas. Mata Kamal melihat satu peluang sebelum melancarkan serangan yang di kenali sebagai Ilmu Tekan Bumi.

"Ya Dzal Jalali Wal Ikram!" Tumit kaki Kamal menekan ke tanah.

Makhluk bermata merah bagai di pasung atas tanah tak mampu bergerak. Kebencian Makhluk bermata merah tak dapat di gambarkan, Kamal hanya tersenyum sinis sambil menggerakkan kain lilitan serban kiri dan kanan. Mulutnya tak berhenti membaca kalimah agung Allah SWT. Dengan pantas, satu libasan kuat di iringi kalimah Allah Maha Besar di arah tepat pada dada Makhluk belaan. Raungan Makhluk belaan memecah kesunyian di malam hari sebelum perlahan lahan tubuhnya berkecai akibat libasan kain. Amelda yang mengintai di celahan pintu tergamam, apatah lagi kilauan cahaya putih keluar dari hujung libasan kain membuatkan Amelda tertanya tanya sendiri.

Jasad Haji Tamrin dan Hajah Munah selamat di kebumikan. Kamal dan Haliza mengiringi Amelda menuju ke rumah untuk mengemas kain baju. Amelda akan di jaga oleh mereka kerana itulah satu-satunya ahli keluarga yang masih ada. Kamal dan Haliza masih belum di anugerahkan cahaya mata, kehadiran Amelda dalam hidup mereka sedikit sebanyak merubat rasa ingin memiliki zuriat.

"Celaka kau Kamal!. Tak apa, baru sebelah mata aku kau butakan masih ada lagi untuk kamu yang bakal menanti, akan ku tuntut dari kau, hahahahaha!" Wak Deraman tersenyum dengan lubang di mata jelas kelihatan.

********

"Hari ni Pak Ngah nak ajar silat untuk Amelda dapat lindung diri sendiri andai kata apa apa jadi pada Pak Ngah dan Mak Ngah" terang Kamal berbaju hitam.

"Hmm.. Pak Ngah.. Amelda nak tanya sikit boleh?"

"Apa dia sayang?" Kamal tersenyum. Mak Ngah hanya melihat di sudut

"Hmm.. hari tu Amelda ada intai masa Pak Ngah lawan dengan 'benda' tu. 'Benda' tu jin ke?. Lagi satu, cahaya apa yang berkilau warna putih masa Pak Ngah lawan hari tu?" Soal Amelda ingin tahu.

Kamal yang berdiri menuju ke sisi Amelda dan duduk di atas pangkin kayu. Haliza turut serta sambil melurut lembut rambut Amelda yang memanjang.

"Itu Jin belaan. Mengenai cahaya tu, Pak Ngah sendiri tak tahu. Tapi apa pun kelebihan ianya dari Allah SWT, tiada seorang manusia pun memiliki kelebihan seperti itu. Itu hanya pinjaman dari Allah SWT"

"Yang di luar batas seorang manusia sekiranya terjadi itu adalah dengan izin dari Nya. Kita berjihad menentang kejahatan, kita mohon bantuan juga dari Nya" sambung Kamal

"Jadi, kerana Allah SWT membantu sebab itu Pak Ngah boleh kalahkan benda itu?" soal Amelda

"Apa pun yang kita lakukan, segala ketentuan itu datangnya dari rahmat Allah SWT. Bukan datang dari manusia itu sendiri. Kita tak boleh kata, Allah SWT tolonglah aku selamatkanlah aku dari sesuatu keadaan. Allah SWT tak akan muncul sewenang wenangnya tapi Allah SWT akan hadirkan melalui hati insan yang akan menyelamatkan orang itu dari sesuatu keadaan"

"Macam Pak Ngah yang muncul tiba-tiba malam tu?"

"Lebih kurang, masa kejadian Pak Ngah baru selesai solat sunat. Tiba-tiba Pak Ngah rasa tak sedap hati. Lagipun Ayah kamu ada musuh iaitu Wak Deraman Pawang dari Indonesia. Ayah kamu tentang habis-habisan amalan syirik Wak Deraman"

"Apabila kita bersekongkol dengan Iblis, maka Iblis akan memberi kuasa pada kita. Kuasa yang mungkin akan memakan diri kita dari dalam. Wak Deraman salah satu darinya. Tiada lagi kalimah Tiada Tuhan selain Allah SWT yang akan meniti di bibirnya kecuali dengan taubat nasuha, taubat sebenar benar taubat" terang Kamal pada Amelda.

Amelda hanya merenung ke dalam mata Kamal. Perlahan lahan air matanya menitis, hati wanita. Siapa yang tidak merindu ibu dan ayah yang telah pergi menghadap ilahi. Kenangan manis bersama arwah akan tetap menjadi memori walaupun kini Pak Ngah yang menjaga ia tetap tak akan sama dengan didikan darah daging yang melahirkan. Tidak terlintas dendam kesumat untuk membalas pada Wak Deraman, biarlah Allah menentukan dan menjatuhkan hukum.

*******

Kini, Amelda semakin meniti usia remaja. Kehadiran Amelda membuka sedikit rezeki pada Kamal. Kamal merupakan seorang ahli perniagaan rezekinya semakin bertambah selepas kehadiran Omar Yusof, Omar Yusof Bin Kamal. Bertahun menunggu, kini Kamal memiliki anak sendiri tak pernah kasih sayang di belah bahagi antara Amelda dan Omar Yusof. Amelda semakin menguasai ilmu persilatan yang di perturunkan.

"Ingat!. Ilmu silat ini tak ramai yang tahu, hanya boleh guna jika perlu. Pak Ngah ajar dua jenis silat pada Amelda. Langkahnya hampir sama tapi intipatinya cukup berbeza"

Nasihat dari Kamal masih terngiang ngiang di fikiran Amelda. Amelda sekarang masih belajar di sebuah kolej swasta dalam bidang pengurusan. Amelda melangkah masuk ke kolej, pandangan matanya tidak berkelip kerana dia tahu berapa banyak makhluk yang dia boleh nampak ada di situ.

"Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku" Amelda tersenyum melihat ke sebelah kiri. Kelihatan seorang wanita berpakaian serba putih tersenyum ke arahnya sebelum menghilang di bawa angin.

Nak Tamat  atau bersambung?... Tunggu...

Nota Kaki :

Ya Dzal Jalali Wal Ikram adalah salah satu nama Allah SWT. Yang bererti Wahai Yang Maha Agung dan Yang Maha Mulia. Merangkumi juga Tuhan Semesta Alam. Ayat ini boleh juga di baca sebagai anggapan kita sebagai manusia untuk menyeru, memanggil dan berdoa kepada Allah dengan lafaz itu agar diberi kemudahan, kemenangan dan kebahagiaan.

Tiada kelebihan pada diri seseorang  manusia. Kecuali Allah SWT yang mengangkat darjat seseorang manusia. Sesungguhnya yang buruk itu dari saya dan yang baik itu dari Allah SWT. Terima kasih sudi membaca

Ulasan

Catatan Popular