BOTOL KICAP - RATIEYSHA IZZARA

Botol kicap

Oleh: Ratieysha Izzara

Nek Tom dan Karmila duduk bersila diruang tamu rumah. Karmila melipat baju-baju dalam bakul.

Karmila mendongakkan sedikit kepalanya kearah Nek Tom yang sedang membelah pinang. Karmila menarik nafas perlahan dan hembus sebelum bersuara.

"Nek... Mila nak tanya sikit boleh?" Karmila berhenti seketika melipat baju. Nek Tom yang sedang sibuk memotong pinang terhenti lalu memandang Karmila sekilas.

"Apa dia?" kerjanya disambung. Karmila memandang wajah tua Nek Tom.

"Mila nak tanya pasal botol kicap kat atas almari tu..." beritahu Karmila perlahan.

Dia risau jika Nek Tom memarahinya kerana dia bertanya tentang botol kicap.

"Nek Tom dah pesan. Jangan sesekali kamu buka botol tu. Jangan sesekali!" jawab Nek Tom tegas. Karmila tersentak.

"Kenapa Nek? Apa benda dalam tu? Ada hantu kicap ke? Atau Nek ada kurung sesuatu dalam tu?" tanya Karmila bertalu-talu. Celupar sungguh mulut Karmila membuat Nek Tom berasa marah.

"Kamu tak boleh tahu. Nek Tom takut jika kamu menggunakan kicap tu.!" marah Nek Tom.

Karmila berasa kecewa tapi dia tetap memujuk Nek Tom untuk beritahu dia kenapa Nek Tom selalu beri alasan yang sama.

"Kamu betul nak tahu?" Nek Tom mendekati badan nya dengan Karmila. Karmila mengangguk laju.

"Tu botol kicap dah expired.. Kicap dalam tu masih banyak, tu yang nek pesan jangan buka. Sebab tu nek simpan kat atas tu biar tiada siapa dapat ambik." ujar Nek Tom. Karmila diam seribu bahasa.

~TAMAT~

Ulasan

Catatan Popular