GANGGUAN LANGSUIR - FAZREEN AMEER

TAJUK : GANGGUAN LANGSUIR
PENULIS : Fazreen Ameer

Editor : Tuan Muhammad Faiz

Salam sejahtera pada admin, terima kasih diucapkan kalau cerita ni dipublishkan. Nama aku fazreen berasal dari Pulau Pinang, seorang silent reader dan bekas pelajar pondok.

Sebelum memulakan cerita, aku minta maaf jika cerita ini tidak seram mana yang seperti mana pembaca inginkan. Ceritanya bermula..

9 tahun lepas, pada tahun 2010. Dunia sedang sibuk dengan 'worlds cup fifa south africa', pagi petang siang malam penuh info sukan je, aku pun sebagai anak lelaki takkan nak layan acara renang berirama pula. Bagi aku kejadian yang akan ku kongsikan ini adalah titik bermulanya kisah seram yg telah menghantui hidup aku.

Malam itu aku mengajak sahabatku si Qayyum untuk lepak tengok bola bersama-sama memandangkan aku dan dia sama-sama anak lelaki tunggal dalam keluarga, Qayyum setuju datang kerumahku pada malam itu. Tepat jam 1.30 pagi, Qayyum sudah terpacak didepan rumah. Betul punya excited mamat ni kalau pasukan dia main, padahal perlawanan mula 2.30 pagi aku pun mempelawa masuk kerumah.

10 minit lagi perlawanan antara Germany melawan Crotia bakal berlangsung, mataku sudah layu dan kuyu. Aku lantas berdiri menuju ke dapur dan menjerang air. Balang yang berisi Nescafe dan gula di capai serentak. Sambil menunggu air mendidih 130 darjah celcius, aku membuka pintu dapur untuk menikmati udara yang segar dan nyaman. Aku maju langkah ke hadapan, udara malam yang dingin seakan menyimbah wajahku. Terasa sejuk angin di malam itu. Aku menarik nafas berkali-kali tanda lega disapa sang angin di waktu itu

Selesai menghirup nafas aku termenung sejenak sambil tubuhku berhadapan dengan sebatang pokok kekabu. Dalam keadaan separuh sedar antara realiti dan alam mimpi, aku seperti ternampak satu objek yang pastinya fikiranku sedang bekerja dengan ligat masa tu. Yelah tak pernah lagi dalam hidup aku lihat benda bukan-bukan, aku amati betul-betul dan menggosok mata ku supaya fokus pada dahan pokok kekabu nun di atas sana, dan telahan ku memang tepat, sah!.

Baju putih lusuh yang aku nampak pada mulanya, tapi apabila aku memberanikan diri, aku nampak kak Lang sedang bergayut sambil tangannya seperti mendepa, memang jelas. Bulu roma aku merinding saat aku mengenal makhluk di hadapan mata. Wajahnya agak sukar di lihat sebab pokok tu pun bukan dekat sangat, selesai sesi induksi aku terus sambung membancuh air dan menghidangkan pada temanku.

Ku sangkakan panas sampai kepetang, rupanya hujan di tengahari. Aku ingat apa yang berlaku tadi setakat itu je rupanya selang 15 minit lebih kurang, terdengar jelas  suara perempuan mengilai. Aku amati suara tersebut seperti kenal dan memang betul suara hilaian tersebut adalah milik adikku. Aku dengan keadaan dah seram terus kejutkan khuatir jika ada apa-apa jadi pada adik ku..

"Ayah, adik mengilai.." tubuh ku terketar-ketar mengejut ayah yang lena.

"Hah, mengilai?. Dah kenapa pula?"

"Manalah orang tahu. Ayah pergi lah tengok, orang seram dah ni" aku memeluk tangan ayah ku.

"Mah.. Mah.. Abang nak pergi tengok adik sekejap. Along cakap adik mengilai ni, risau abang di buatnya" kata ayah sebelum bergegas bangun menuju ke bilik adik.

"Abang.." ibu gagah mengangkat tubuh dari pembaringan.

"Ye.. Kenapa sayang?" soal ayah pada ibu.

"Mah mimpi..."

"Mimpi apa?" soal ayah ku membetulkan kain.

"Ada pontianak 3 ekor kejar Adik. Mah pun halaulah 3 ekor langsuir tu. Mah rasa adik mengilai sebab ada benda cuba nak kacau dia tu" terang ibu pada ayah. Aku hanya berdiam diri meninggalkan Qayyum yang lena di tonton tv.

"Mah.. Baca apa yang patut. Abang pergi tengok adik sekejap" Ayah menuju ke bilik adik dengan segera tatkala suara adik mula kedengaran semakin nyaring.

"Faz, janganlah takut. Kalau takut nanti benda tu lagi suka" kata ibu melihat ku seakan kaku. Peluh membasahi tubuh ku.

"Tadi masa Faz buat air, Faz nampak ada benda atas pokok. Bulu roma habis meremang, Faz buat tak tahu jelah. Tak sangka pula adik yang kena" kata Faz dengan rasa bersalah.

"Dah tak apa. Lepas ni Faz belajar baca ayat pendinding diri, nasib baik dia tak kacau Faz" kata Ibu melihat Faz.

Ayah berjalan menuju ke bilik Mai untuk melihat Mai yang seakan mengilai. Saat pintu di buka, suasana sunyi. Ayah terus membaca ayat suci al quran dengan nada perlahan. Hilaian sang langsuir sayup-sayup semakin mendekat, ayah tersenyum. Tanda hilaian semakin mendekat langsuir itu bertindak melarikan diri jauh dari kawan rumah sebab takut dengan bacaan ayat suci yang di baca ayah.

Selepas kejadian itu, aku lebih menghayati setiap bacaan yang aku pelajari. Kerana tanpa mengerti apa yang kita belajar sama jugalah mengisi air di dalam bekas yang berlubang. Aku nekad untuk belajar dan memahami tentang Al Quran. Maaf andai kisah ini tak seram tapi inilah pengalaman ku.

Tamat.

Ulasan

Catatan Popular