GANGGUAN SATU MALAM By Niah

"GANGGUAN SATU MALAM"

By Inah

"Ting!!

Bunyi satu isyarat whatsapp masuk, di skrin fon aku terpampang nama kak Mila.

"Sara okay tak kalau akak tinggalkan Sara sendirian esok untuk satu malam" masa ni kak Mila masih kat tempat kerja esok dia nak balik nak  rumah laki dia. Rumah laki dia tidak la juah sangat ambil masa 2 ke 3 jam je untuk sampai ke kampung laki dia. Aku tinggal bersama kak Mila di sewa dia

"okay je kak untuk satu malam je pun Sara okay je" jawab aku

 keesokan hari nya jam 7 pagi lagi kak Mila dah bertolak balik ke kampung dengan laki dia dan bersama 3 orang anak nya.

Waktu pagi aku kemas rumah dulu, lepas tu masak untuk makan malam hingga ke esok sebab aku malas nak masak banyak kali tinggal seorang je kan.

Waktu tengah hari aku di habiskan di depan tv sehingga la mentari melabuhkan tirai, launan azan kedengaran berkumbang di masjid yang berada tidak jauh dari rumah sewa aku.

Aku segera menunaikan tanggungjawab aku sebagai hamba Allah, usai solat aku kembali duduk di sofa depan tv sambil melayan drama korea.

"Ting!

Bunyi isyarat whatsapp dari kak Mila. Kak Mila pesan suruh kunci semua pintu jangan main api aku jawab
" baik la"

dia pesan lagi dia cakap jangan risau sangat kat rumah tu sebab ada Geng rukun tetangga kawasan taman perumahan di sini.

 Akan meronda. Memang menjadi rutin harian mereka untuk meronda kawasan ini di waktu malam. Aku iya kan saja kata-kata dari Kak Mila.

Jam 9 malam lebih kurang macam tu la. Aku membelek fon aku. Status whatsapp kawan - kawan diteroka satu persatu, agak bosan mata masih tidak mahu tidur. Tiba-tiba terbunyi

DUMM!!!

Pintu bilik paling Hujung sekali tertutup  sendirinya  dengan kuat . (Rumah sewa ni ada 4 bilik je) . Aku masa tu husnuzon je la mungkin sebab angin walaupun  masa tu aku rasa nak lari keluar je dari rumah ni.

Tok.. Tok.. Tok!

Bunyi tingkap dekat ruang tamu diketuk. Aku kuat kan lagi bunyi tv untuk hilang kan rasa takut. dan lama kelamaan aku tertidur di ruang tamu.

lampu memang aku biarkan terbuka je. aku tersedar bila aku rasa Macam ada orang peluk aku masa tengah tidur

"Danish jangan la kacau kak Sara tidur, dah lewat ni pergi tidur"  dengan mata tertutup aku bersuara (Danish ni anak buah aku umur 2 tahun memang selalu kacau aku tidur kalau dia ada)

Tiba-tiba mata aku terbeliak baru aku ingat yang aku sendirian je kat rumah mana ada orang lain dah

"Heh heh heh kakak dah bangun ke? jom la teman adik main, adik bosan ni"

Meremang habis bulu roma aku masa tu. Aku bangun dari tempat aku tidur tadi. aku larii masuk bilik aku, aku tutup pintu, kunci bilik masuk dalam selimut aku tutup mata. Lampu aku biarkan terbuka. Dengan tangan aku menutup kedua-dua belah telinga tanpa sedar air mata membasahi pipi aku

"hantu tak wujub, hantu tak wujub aku hanya mimpi cepat bangun Sara!" bebel aku sendirian sambil menggigil ketakutan dengan mengeleng kepala ke kanan dan kiri

Aku menangis ketakutan. Mulut aku tidak mampu mengucapkan sepatah pun ayat suci Al-Quran. Aku hanya boleh menangis saja.

Setelah aku berenang sikit. Aku cuba kumpul sedikit keberanian untuk intai siapa yang masuk bilik aku sedangkan aku sudah kunci bilik tadi. Dalam keadaan aku duduk memeluk lutut aku nampak ada kaki sedang berdiri di depan.

Aku secara perlahan-lahan mendongngak ke atas
Di depan aku ada seorang budak perempuan  dengan rambutnya yang panjang hingga ke lantai.

sedang berdiri memandang aku yang sedang duduk memeluk lutut. Aku cuba menjerit tapi tak boleh seakan suara aku tersekat di tekak. Budak tu bengkokkan lutut lalu duduk bertinggung memerhatikan aku.

Muka budak tu pucat lesu mata semua hitam. Aku berharap sangat masa tu aku akan pengsan.

Tapi tak. Aku masih nampak budak tu. Sambil aku tutup mata rapat rapat

"Tolong la pergi jangan kacau aku, aku tak kacau kau pun" kata aku dengan suara yang serak akibat menangis. Bila aku rasa tenang sikit aku cuba buka mata perlahan lahan. Pintu bilik tertutup rapat

Dengan lampu bilik aku yang masih menyala sekali lagi aku  cuba kumpul sedikit keberanian untuk bangun keluar dari bilik. Aku bangun berjalan perlahan-lahan ke arah pintu.

Sampai di depan pintu aku pengang tombol pintu aku pusing dan pintu terbuka aku selangkah keluar dari bilik.

 Hanya lampu bilik aku yang menyala, dekat ruang tamu semua gelap. Aku pandang kiri aku pandang kanan

Dan bila pandang depan balik aku rasa ada seseorang sedang peluk kaki aku. Jantung aku masa tu berdebar rasa macam nak pecah. Aku pandang bawah dekat kaki aku.

Aku nampak budak tu sedang peluk kaki aku, Dengan sedikit keberanian aku menjerit tiba-tiba budak  tu melompat ke arah muka aku dengan mukanya yang bengis lalu semua nya kabur aku terus tidak sedarkan diri

Aku tersedar bila aku rasa macam muka aku basah. Sedar sedar je ada beberapa orang lelaki dan ditepi aku ada seorang makcik dan seorang perempuan anak nya mungkin.. sedang memandang aku dengan senyuman .

Aku dengan perlahan-lahan cuba untuk bangun di bantu oleh makcik tadi (mak Su sebab dia kenalkan dirinya sebagai mak Su)
Kepala aku berpusing sakit nya masih terasa. Mungkin sebab aku jatuh ke lantai tadi.

"saya kat mana ni mak Su, kenapa ramai orang" soal aku dalam keadaan yang masih lemah

"kamu kat rumah mak Su sekarang, budak-budak rukun tetangga ni terdengar kamu menjerit jam 3 pagi tadi dia nak masuk tengok takut nanti jadi fitnah pulak sebab kamu anak dara tinggal sendirian kan. Jadi mereka pun pergi la panggil mak Su kat rumah. Bila kami sampai sini tengok-tngok kamu dah terbaring kaku dekat ruang tamu. kami bawa la kamu ke rumah mak Su untuk pulih kan semanggat kamu sikit " terang mak Su dengan senyuman yang manis.

"macam mana mak Su masuk, saya dah kunci semua pintu" soal aku kepelikan

"waktu kami cuba masuk pintu tidak terkunci pun, kamu kena sampuk je mungkin jin tu saja nak menyakat kamu. Takpa la kamu dah elok kan sekarang. Nah minum air ni" kata mak Su sambil membantu aku minum air kosong yang telah di baca kan ayat suci Al-Quran.

"terima kasih mak Su dan abang abang " ucap aku lalu menghadiahka  senyum aku yang manis semanis madu lebah ni cehh kah kah!

Setelah matahari naik aku pulang ke rumah aku.. tidak jauh pun dari rumah Mak Su tu. Walaupun mak Su melarang dan suruh aku rehat saja kat rumah sementara tunggu Kak Mila sampai tapi aku tetap juga berkeras untuk balik. Dan selepas tu kak Mila sampai rumah aku. Dan cerita semalam aku biarkan saja menjadi rahsia aku tak nak dia risau.

Cerita ini hanya rekaan saja. Nama-nama di atas bukan nama sebenar maaf jika banyak yang kurang dan   ada typo.. Terima kasih

Ulasan

Catatan Popular