KENALI PANGLIMA BURUNG
KENALI PANGLIMA BURUNG, PEMBELA MASYARAKAT DAYAK
Oleh: Iskandar Zulfaqar
Edisi BORNEO
( Edisi BORNEO adalah slot khas yang saya wujudkan untuk menceritakan kisah-kisah seram, mistik dan sejarah istimewa daripada negeri-negeri serta negara di kepulauan Borneo sahaja iaitu Sabah, Sarawak, WP Labuan, Brunei Darussalam dan lain-lain.)
Malam ini, saya tunaikan permintaan salah seorang rakan FB yang juga selalu membaca penulisan saya iaitu saudara Herry Hery dari Sarawak. Beliau meminta saya mengupas tentang Panglima Burung yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Dayak.
Panglima Burung sangat dihormati dan disegani oleh masyarakat Dayak. Malah, kewujudan Panglima Burung juga adalah sebagai penyelesai kepada masalah yang dihadapi oleh masyarakat Dayak. Kiranya, jika Panglima Burung datang, segala masalah tidak kiralah sebesar mana pun masalah itu, pasti akan dapat diselesaikan.
Oleh kerana ini merupakan kisah lagenda, jadi sama seperti kisah Bujang Senang tempoh hari, terdapat banyak versi cerita ini. Mungkin anda akan dapati cerita Panglima Burung macam lain kalau baca di blog lain tetapi pokok pangkalnya tetap sama.
Okay, ayuh kita mula membaca kisah Panglima Burung. Panglima Burung dipercayai hidup di dunia ini sudah pun beratus tahun dan tinggal di sebuah kawasan pedalaman hutan Kalimantan. Ada banyak pendapat tentang siapakah sebenarnya Panglima Burung ini.
Pertama, ada pendapat yang mengatakan beliau adalah manusia biasa tetapi memiliki kekuatan serta kuasa yang luar biasa contohnya seperti memiliki umur yang panjang sehingga ratusan tahun. Pendapat kedua ada mengatakan Panglima Burung adalah makhluk ghaib yang menjadi pelindung kepada seluruh masyarakat Dayak dan hanya akan muncul apabila anak cucu serta moyangnya panggil secara ritual.
Satu lagi pendapat mengatakan Panglima Burung adalah merupakan jelmaan kepada Burung Enggang yang menjadi binatang suci dalam masyarakat Dayak. Malah, burung enggang juga turut dinobatkan pada jata negeri Sarawak.
Selain itu, orang Dayak juga mengatakan bahawa Panglima Burung itu boleh wujud dalam sosok lelaki mahupun perempuan (atas keperluan) kerana kesaktiannya.
Adakah Panglima Burung masih ada hari ini? Jawapannya adalah ya. Beliau masih ada sehingga ke hari ini namun demikian, Panglima Burung tidak akan memunculkan diri sekiranya tidak ada keperluan.
Hal ini bermaksud, Panglima Burung hanya akan muncul sekiranya terdapat permasalahan yang berlaku terhadap cucu cicitnya (iaitu orang Dayak). Untuk memanggil Panglima Burung datang, perlu diadakan satu jenis ritual.
Ritual ini dipanggil Ritual Mangkuk Merah. Namun, adalah diingatkan bahawa ritual ini sangat berbahaya dan akan memerlukan banyak korban. Oleh sebab itulah, orang Dayak tak akan suka-suka buat ritual ni untuk bertemu dengan Panglima Burung.
Mereka akan berbincang terlebih dahulu dengan warga veteran yang sudah banyak pengalaman untuk meminta nasihat mereka sama ada patut atau tidak untuk jalankan ritual tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa Panglima Burung ini sangat mulia dan tidak boleh diseru sesuka hati. Hanya boleh memanggil Panglima sekiranya betul-betul ada masalah yang serius untuk dia bantu.
Ritual ini digelar Mangkuk Merah kerana untuk melakukan ritual ini, seseorang itu perlu menyediakan sebuah mangkuk berwarna merah serta menyediakan beberapa bahan penting dalam mangkuk merah tersebut. Bahan-bahan yang dimaksudkan adalah seperti bulu ayam, daun rumbia dan lain-lain. Barang-barang ini mempunyai maksud yang tersendiri dalam masyarakat Dayak.
Hal ini menunjukkan Panglima Burung yang mewakili orang Dayak sebagai merendah diri. Oleh sebab itulah, ada pendapat skeptikal yang mengatakan orang Dayak ini ganas, panas baran dan sebagainya. Walhal, orang Dayak sebenarnya adalah peramah, baik hati dan juga tidak menunjuk-nunjuk kekuatan. Sama seperti sifat Panglima Burung.
Panglima Burung juga sangat cintakan kedamaian dan tidak suka untuk membuat kerosakan. Namun demikian, sekiranya Panglima Burung diseru kerana orang Dayak terancam, maka sifat Penglima Burung akan bertukar menjadi seorang yang tegas. Panglima Burung pantang sekiranya suku Dayak diganggu.
Beliau akan berubah menjadi seorang yang bengis dan akan berjuang habis-habisan menentang musuh Dayak. Malah, ada pendapat yang mengatakan sekiranya Panglima Burung muncul akibat orang Dayak diganggu, maka Panglima Burung akan mencari kesemua musuh orang Dayak itu dan beliau juga tidak akan kembali ke tempat asalnya selagi mana kesemua musuh-musuh tidak dipenggal kepala. Jadi, jangan main-main dengan Panglima Burung.
Apakah kuasa sakti yang dimiliki oleh Panglima Burung?
Seperti yang saya tulis awal tadi, pertama, Panglima Burung memiliki usia yang panjang malah boleh hidup sehingga ratusan tahun. Bukan itu sahaja, tubuh Panglima Burung juga dikatakan kebal dan tidak lut daripada sebarang senjata.
Oleh sebab itulah beliau akan sentiasa menang dalam apa jua peperangan kerana musuh tidak akan dapat mencederakan beliau dek kerana kekebalannya itu. Beliau juga mampu mengetahui kedudukan musuhnya dengan hanya mencium bau darah. Kesaktian Panglima Burung yang lain adalah dapat menerbangkan senjata dengan sendiri untuk ditikam pada musuh tanpa perlu menggunakan tangan.
Bilakah Panglima Burung pernah muncul?
Panglima Burung pernah diseru dan pernah muncul ke dunia ini pada tahun 2001 iaitu ketika Peristiwa Sampit. Peristiwa Sampit adalah peristiwa berdarah yang melibatkan dua suku kaum iaitu Dayak dan juga Madura.
Ketika perang ini berlangsung, dikatakan orang Dayak telah menyeru Panglima Burung dan Panglima muncul untuk memberikan bantuan kepada masyarakat Dayak. Dalam peperangan ini, ramai suku Madura yang mati, dikatakan akibat dipenggal oleh Panglima Burung.
Sehingga ke hari ini pun, sekiranya suku Dayak diganggu, maka Panglima Burung akan turun untuk memberikan bantuan. Namun, anda jangan tertipu. Jika anda pergi ke kawasan seperti Pontianak, Sampit dan lain-lain akan ada ramai orang mengaku diri mereka sebagai Panglima Burung. Mereka itu semuanya palsu dan bukanlah Panglima Burung yang sebenar. Panglima Burung tidak akan menunjuk nunjuk kekuasaan dirinya.
Setakat itulah serba sedikit perkongsian tentang Panglima Burung, Semoga bermanfaat buat anda dalam menambahkan ilmu pengetahuan.
P/s: Jika anda ada kisah seram dan mistik atau soalan, boleh dm saya.

Ulasan
Catat Ulasan