KUCING - RATIEYSHA IZZARA
Kucing
Karya Oleh: Ratieysha Izzara
Hari semakin senja. Jam pun sudah menunjukkan pukul 6 petang. Tak lama lagi waktu mangrib. Anak-anak Qasidah, Mila dan Aira masih belum pulang kerumah. Qasidah makin dilanda resah apabila tak lama selepas itu Azan mangrib berkumandang, tetapi Qasidah tetap menyedapkan hatinya supaya tidak terlalu risau.
Qasidah membuat keputusan untuk menunaikan kewajiban Allah dahulu. Usai sembahyang mangrib Qasidah menghubungi suaminya Razman.
"Assalamualaikum bang."
"Wa'alaikumsalam."
"Mila dan Aira masih belum pulang rumah lagi lah... Dari pukul 4 petang tadi sampai sekarang masih belum balik."
"Mereka cakap, mereka pergi mana?"
"Mereka cakap nak pergi main kat pondok tempat mereka selalu main tu... Ida risau lah bang."
"Ouh, mungkin mereka pergi main rumah kawan mereka kot."
"Takkan lah sampai senja pun tak balik2."
"Kamu tak payah risaulah. Pandai mereka balik nanti."
Talian dipadamkan dari hujung talian. Qasidah mendengus kasar dengan sikap suaminya itu, paling malas nak ambil berat pasal anak.
Qasidah memandang sekilas arah jam di tangannya. 'dah pukul 8 malam pula..' bisik hati kecil Qasidah.
Sedang Qasidah menyiapkan makanan, kedengaran orang memberi salam diluar rumah. Tergesa-gesa Qasidah berlari anak menuju pintu.
"Wa'alaikumsalam.." sahut Qasidah dari dalam. Pintu dibuka dengan cepat. Muncul wajah 2 insan yang ditunggu-pulang bersama seorang wanita dalam lingkungan 60-an.
"Ibu, Kitaorang nak minta maaf sebab balik lambat." Mila terus menghampiri ibunya dengan muka simpati. Aira pun sama ikut berbuat demikian.
"Tak apa sayang, asal kamu dua selamat syukur Alhamdulillah.." Balas Qasidah dengan suara yang terkedu-kedu akibat menanggis tanda gembira. Kedua2 anaknya dibawa dalam pelukan nya.
"Erm, cik Qasidah jangan risau, mereka baik2 saja..." kata wanita yang bersama Mila dan Aira. Qasidah mendongak memandang wanita itu.
*******
"Terima kasih Mak Ro.." Qasidah bersalaman dengan Mak Ro. Wanita yang bersama Mila dan Aira. Mak Ros hilang dari pandangan mata setelah pamit diri.
"Mama, papa dah balik ke?" Mila mendekati Qasidah yang berdiri dihadapan pintu.
Qasidah mendiamkan diri. Mila hairan dengan perubahan Qasidah, selama ini kalau Mila atau sesiapa saja bertanya pasti Qasidah jawap.
Tiba-tiba ada seekor kucing hitam bergesel-gesel di kaki Qasidah. Mila terkejut dengan kemunculan kucing itu.
"Mila buat apa kat situ?"
Terkejut bukan kepalang Mila melihat ibunya muncul dari belakang, jantung Mila berdebar kuat saat dia toleh depan tiada siapa, cuma kucing itu sahaja masih ada disitu.
Mila terus jatuh pengsan disitu juga. Qasidah berlari mendapati Mila yang sudah terbaring tidak sedarkan diri.
*****
"Abang, kita hantar Mila pergi hospital. Ida risau, Mila masih belum sedarkan diri lagi." ujar Qasidah sayu. Tangan kanan nya menggenggam erat tangan kecil milik Mila.
"Kau pergi lah hantar dia, aku ada kerja." talian dipadamkan dari hujung talian. Tersentak Qasidah mendengar jawapan suaminya.
****
(Hospital)
"Bagaimana keadaan Mila," tanya Mak Atin cemas. "Dia dah sedar.." jawab Qasidah perlahan namun masih dapat didengari oleh Mak Atin.
"Laki kamu mana?" Qasidah menunduk mendengar pertanyaan Mak Atin.
"Dia sibuk lah mak.." jawab Qasidah. Mak Atin yang paham akan situasi Qasidah dan Razman terus memeluk bahu Qasidah.
"Kamu harus tabah Ida." Mak Atin mengusap lembut belakang Qasidah. Qasidah menggangguk lemah. 'meow' terkejut Qasidah melihat kucing hitam ditepi katil Mila.
"Sejak bila Itam ada kat sini?" soal Qasidah. Qasidah menoleh kearah Aira. "Aira tak de bawa Itam lah ibu.."
"Habis tu kucing siapa?" Qasidah menoleh perlahan kearah katil Mila. Kosong. Tiada apa-apa. Qasidah terdiam.
"Kenapa ibu?" tanya Aira kehairanan. Tangan Qasidah digenggam nya.
"Tiada apa-apa lah sayang." Qasidah cuba untuk menyedapkan hatinya. 'apa yang aku nampak tadi?' bisik hati Qasidah.
(sementara dirumah)
"Assalamualaikum Razman..." Mak Atin memberi salam. Razman tergopoh-gopoh mendapati Mak Atin.
"Wa'alaikumsalam Mak Atin! Man kat belakang ni!" Razman terjerit kecil. Hujan mula menuruni bumi.
"Ya Allah Man, anak kau tengah sakit kat hospital sana tu, kau pergilah lawat dia..." bebel Mak Atin. Razman terdiam.
"Kau dengar tak apa aku cakap ni Man?" Mak Atin menampar bahu Razman. Razman tersentak. Kelam kabut dia menjawab soalan Mak Atin.
"Esok aje lah saya pergi tengok dia, tu pun kalau esok saya tak sibuk." jawab Razman tenang.
"Asthafirruallahhala'zim Man! Tu anak kau, darah daging kau! Kau ni, lebih pentingkan duit dari anak kau sendiri!" Mak Atin kesal dengan sikap penting diri Razman.
"Ye lah Mak Atin... Tambah lagi Mila bukannya sakit teruk pun." Razman mulai rasa tidak selesa berbual dengan Mak Atin tentang isu anaknya. Bagi Razman, apa tugas isterinya kalau tidak menjaga anak-anak.
"Mana-mana kau lah Man, aku dah penat nak nasihat kau berulang kali." Mak Atin sudah berasa lelah menasihati Razman. Mungkin telinga Razman telinga besi, sebab tu tak dengar cakap. Mak Atin mula untuk mengorak langkah meninggalkan Razman.
"Mak Atin nak pergi mana?" soal Razman. Mak Atin terhenti langkah. Dia menoleh kearah Razman.
"Nak balik lah!" jawab Mak Atin malas. Razman sekadar diam. Tanpa menunggu jawapan dari Razman dia menyambung semula langkahnya.
Tiba-tiba Mak Atin seperti ada mendengar bunyi telefon berdering. Hujan yang agak berkurangan membolehkan Mak Atin mencuri dengar perbualan Razman. Mak Atin bersembunyi disebalik daun-daun pisang yang berdekatan dengan rumah Razman.
Dia memasang telinga. "APA!!?" terkejut Mak Atin mendengar Razman meninggikan suaranya.
-Bersambung-
Jika anda ada karya seram, thriller, mistik, seramedi emailkan kepada seram7dimensi.submitstory@gmail.com

Ulasan
Catat Ulasan