POKOK BULUH - ISKANDAR ZULFAQAR
POKOK BULUH
Karya Oleh: ISKANDAR ZULFAQAR
Ryan melemparkan pandangan ke arah pokok buluh di belakang rumah sewanya itu sambil menghembus asap rokok dan membiarkan tubuhnya dibadai bayu yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu.
Ditatapnya lama pokok buluh tersebut. Tanpa disedari Ryan, air mata mulai mengalir membasahi wajahnya. Dia sebak mengingatkan kejadian yang berlaku dua hari lepas. Satu kejadian yang sangat besar impaknya kepada Ryan.
Malah, sehingga ke hari ini, dia masih tidak masuk kerja dek kerana masih terkesan dengan kejadian itu. Ryan asyik menitiskan air mata dan selalu sahaja apabila dia memandang ke arah luar rumah, pastinya Ryan akan melemparkan pandangan ke arah pokok buluh tersebut.
Pokok buluh itu telah menyimpan banyak kenangan ngeri serta menyedihkan dalam hidupnya.
***
(Dua bulan lepas)
Tepat jam 7 petang, Ryan tiba di rumah sewa itu. Hamit, rakan sewanya dari awal lagi telah menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp kepada Ryan memaklumkan bahawa dia akan pulang lewat malam ini kerana membuat OT.
Jadi, terpaksalah Ryan tinggal sendirian sepanjang malam ini. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah, tiba-tiba dia terdengar bunyi air terbuka dari arah dalam bilik air di dapur. Kebetulan rumah sewa mereka itu bercorak rumah lama.
Bilik airnya terletak di hujung dapur dan menghala ke arah hutan. Kebetulan juga, di luar bilik air tersebut terdapat pokok buluh. Dari awal mereka menyewa rumah itu lagi, Ryan sudah berasa kurang selesa tatkala melihat pokok buluh tersebut. Rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Ryan berasa aneh. Takkanlah Hamit sudah balik. Padahal dia sendiri yang mesej memaklumkan bahawa dia balik lambat. Selain itu, macam mana dia boleh masuk padahal pintu berkunci dari luar. Pelik!
Dengan penuh perasaan ingin tahu, Ryan mendekati tandas itu. Gegendang telinganya menangkap bunyi suara beberapa orang perempuan sedang bersembang dan mandi.
“Celaka! Si Hamit ni bawa pulang perempuan ke,” getus Ryan dalam hatinya.
Namun, dia kembali berasa aneh dan kurang sedap hati. Oleh itu, Ryan pun segera bersembunyi dan mengambil keputusan untuk menunggu perempuan-perempuan itu keluar daripada bilik air tersebut.
Beberapa minit selepas itu, daripada tempat persembunyiannya, Ryan dapat melihat kelibat tiga orang perempuan dalam keadaan berkemban keluar daripada bilik air itu tanpa pintu berbuka. Mereka menembusi pintu tersebut.
Kemudian, mereka menembusi dinding rumah pula dan keluar lalu berjalan ke arah pokok buluh di belakang rumah itu. Sekilas itu sahaja, ketiga-tiga kelibat perempuan tadi hilang.
Ryan tercengang. Beberapa kali dia menggosok kedua-dua belah matanya sambil tidak habis memikir apakah benar benda yang dilihatnya tadi.
***
(Bulan lepas)
Ketika itu waktu senja. Hamit membiarkan sahaja air daripada muncung paip keluar dan mengenai tubuhnya. Sangat segar sekali rasanya apabila tubuhnya yang keletihan itu terkena air yang dingin.
Dalam keasyikan Hamit melayani dingin air paip itu, tiba-tiba dia terdengar bunyi yang sangat kuat datang dari arah luar rumah. Hamit segera menyelimut tubuhnya dengan kain tuala lalu keluar daripada bilik air dan menuju ke tingkap yang terdapat di bahagian dapur rumah itu.
Dia membuka tingkap tersebut dan melemparkan pandangan keluar. Dilihatnya ada sesuatu bergerak-gerak pada pokok buluh itu. Hamit cuba mengecilkan matanya untuk memberi fokus kepada benda itu.
Setelah diamati, barulah dia perasan rupa-rupanya benda yang bergerak-gerak itu adalah sosok seorang perempuan berjubah putih dan berambut panjang atau nama lainnya adalah pontianak.
Tanpa berfikir banyak lagi, Hamit segera menutup tingkap dan terus masuk ke dalam biliknya.
***
(Dua hari lepas)
“Woi alang-alang dah cuti ni, jom tebang pokok buluh puaka ni. Dah berapa kali kita diganggu hantu di pokok buluh ini,” cadang Ryan. Kebetulan pula hari itu hari Ahad. Mereka berdua cuti.
“Bahaya lah woi. Aku takut!” Hamit jujur.
“Tak payah takut. Jom! Nah ambil parang ni.” Ryan menghulurkan sebilah parang kepada Hamit lalu ditariknya tangan Hamit keluar. Hamit terpaksa menurut kehendak Ryan itu.
“Alamak aku terlupa bawa telefon! Aku nak masuk dalam ambil telefon kejap. Kau tebang dulu pokok ini,” arah Hamit.
Walaupun agak ketakutan, namun Hamit tidak melawan. Dia terpaksa menurut sahaja kehendak Ryan kerana jika dia melawan sudah pasti Ryan akan mempersendakan serta menghinanya. Hamit pun mula menebang batang-batang buluh di situ.
“Arghhhh!”
Sebelum sempat Ryan sampai ke dalam biliknya untuk mengambil telefon, tiba-tiba dia terdengar suara Hamit menjerit dari arah luar rumah. Dengan kadar segera, Hamit berlari keluar daripada rumah untuk melihat apa yang berlaku.
Sebaik keluar, Ryan mendapati Hamit tiada di situ. Namun, Ryan terperasan ada titisan darah di keliling pohon buluh tersebut. Dengan pantas, Ryan menghampiri pohon buluh itu untuk mencari Hamit.
Ryan terduduk kaku. Dia sangat terperanjat dan sedih sekali ketika ini. Hal ini kerana dia telrihat mayat Hamit berada di celahan pohon buluh tersebut sambil parang yang diberikannya tadi, tertikam pada lehernya.
Oleh sebab itulah, hari ini Ryan bersedih apabila melihat pokok buluh berkenaan. Oleh kerana cadangannya untuk menebang pohon buluh itu, rakan baik Ryan menjadi mangsa. Kini, dia hanya mampu menatap pohon buluh itu dan bersedih mengenangkan Hamit.
-TAMAT-
Anda ada cerita seram/thriller/seramedi, hantarkan kepada seram7dimensi.submitstory@gmail.com. TQ!

Ulasan
Catat Ulasan