THE SPECIAL ONE Episod 1
THE SPECIAL ONE
Chapter 1
'Aku hanya manusia biasa, bukan yang luar biasa'
Tuan Muhammad Faiz
"Sayang.. Malam ni abang rasa lain sikit. Abang minta sayang tidur dulu, ada urusan yang abang perlu buat" kata Faiq Sulaiman pada Suhaila. Suhaila mendekati Faiq dan menyentuh dahi suami yang di cintai.
"Hati-hati, abang" Suhaila hanya tersenyum sebelum Faiq mengucup lembut dahi isteri yang di cintai.
Suhaila menghulurkan salam dan memasuki bilik hujung. Bilik tengah seperti biasa telah pun tersedia, Faiq perlahan bangkit dan bersiap seperti biasa menuju ke bilik untuk menukar pakaian. Apabila sudah lengkap, Faiq menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Dadanya seakan berombak kencang.
"Errgghh.. Main kasar.." Faiq memegang bahagian dada kanannya yang seakan berdegup laju.
Faiq melangkah memasuki bilik air dengan kaki kanan dan di mulakan dengan bacaan doa memasuki bilik air. Saat curahan air paip mengenai tangan, kelihatan seakan paip panas mengenai air, wap mula kelihatan. Bacaan Dengan Nama Allah di baca di dalam hati dan Faiq meneruskan mengambil wuduk.
Perasaan gelisah sebentar tadi mula menjadi tenang saat air wuduk membasahi anggota tubuh. Kaki kanan di hulur dan bacaan doa keluar tandas di baca perlahan. Entah bagaimana, Faiq memegang dinding dengan kuat. Dahinya berpeluh lebat, terasa bagai ada gegaran yang amat kuat. Tapi Faiq tetap melangkah memasuki bilik tengah yang telah siap di susun. Saat takbir di angkat suasana kembali sunyi.
Tapi malam itu agak pelik, tiada sedikit pun bunyi unggas atau cengkerik kedengaran. Hanya angin malam yang menyimbah tubuh Faiq yang sedang mengerjakan solat sunat. Lolongan anjing kedengaran sayup-sayup. Faiq memberi salam sebelum membaca doa.
"Ya Allah. Kelebihan yang kau berikan pada ku akan ku cuba dengan sebaiknya. Kau bantulah aku, kerana aku tahu ada sesuatu yang tidak kena. Dengan bantuan mu aku berharap, Aamiin" Faiq menyapu tangan di wajah.
Faiq membetulkan kedudukan bersimpuh pada bersila. Matanya terpejam rapat, sambil kalimah di baca perlahan. Nama sang pencipta di baca berulang kali, Faiq masih dalam keadaan begitu sedikit pun tidak bergerak.
"Aku tahu kau ada kat sini!. Cuba kacau keluarga ku!. Keluar!. Munculkan diri!" Nada suara Faiq kedengaran tegas.
Keadaan masih lagi sunyi, tiada sebarang bunyi atau suara yang menyahut seruan dari Faiq.
"Aku kata keluar!. Keluar!" Nada Faiq semakin meninggi sebelum menampar lantai sekuat hati.
"SIAPA KAU UNTUK MENYERU AKU!" kedengaran suara halus dan nyaring yang menaikkan bulu roma. Tapi Faiq sedikit pun tidak berganjak sebaliknya masih lagi memejamkan mata memegang tasbih di tangan.
"Siapa hantar kau ke sini?" soal Faiq dengan rasa ingin tahu. Tidak sedikit pun ada rasa gentar pada Faiq kerana dia tahu ada makhluk yang di hantar untuk mengganggu kehidupan mereka.
"KAU TAK PERLU TAHU, MANUSIA!. TUGAS AKU MENYESATKAN KAU!. APA YANG KAU DAPAT DENGAN SEMBAH TUHAN MU?. LEBIH BAIK KAU SEMBAH AKU, AKU BOLEH BERIKAN APA YANG KAU MAHU" Nada suara bisikan menjengah ke telinga kanannya.
"Kau syaitan!. Anak didikan Iblis yang di usir dari syurga jangan kau cuba untuk tampak mulia padahal kau adalah terkutuk" Faiq bingkas bangkit dan memasang kekuda sebelum membuka langkah silat. Bibirnya tidak berhenti membaca ayat al quran.
"HAHAHA.. INDAH BUKAN CIPTAAN TUHAN?. JADINYA AKU DARI API. BERKUASA, HEBAT TIADA CACAT CELANYA. KERANA KETURUNAN KU ENGGAN UNTUK BERSUJUD, KAMI DI USIR DARI SYURGA. AKU NANTIKAN, DAJJAL PENGUASA DUNIA" Suara yang seakan berbisik mulai kedengaran lantang.
"Tunjukkan rupa mu!" tegas Faiq.
"Bismillahirahmanirahim.." Faiq membaca ayat Al Quran Surah Yunus berulang kali.
Terdengar raungan bergema yang mampu membuat manusia biasa pasti kecut perut. Suara yang sebentar tadi seakan meraung mula menangis teresak-esak meminta ihsan di lepaskan. Faiq membaca beberapa keratan ayat Al Quran dari surah Al Baqarah, dengan sepantas kilat Faiq melepaskan satu tumbukan di hadapan matanya. Suhaila asyik bertasbih dari dalam bilik untuk melindungi dirinya.
PRANG!.
Terdengar seakan satu hempasan kuat pada cermin di hadapan mata Faiq, riak wajahnya terlihat garang.
"Aku tanya siapa hantar kau!"
"Tidak!"
"Kau masih berdegil!" Faiq mula sabar dengan gangguan makhluk halus. Faiq tidak menunggu lama sebelum bertindak balas dengan pantas.
Satu tumbukan di iringi laungan Allah Maha Besar tepat mengenai kaca dan berderai seribu. Perlahan-lahan sesusuk tubuh kehitaman muncul, tubuhnya seakan terikat kemas. Pandangan matanya yang merah menjeling tepat ke arah Faiq.
"Le..lepaskan aku!" rintih makhluk yang seakan terikat kemas.
"Siapa yang hantar kau!" Nada Faiq separuh menjerit. Telapak tangannya menjulang tinggi, mulut Faiq terkumat-kamit membaca surah Al Quran.
"JU..JULIA!. DIA HANTAR AKU UNTUK HAPUSKAN KAU!. DIA CEMBURU DENGAN APA YANG KAU ADA SEKARANG NI!. INI SEMUA USAHA DIA!" Kata makhluk halus yang bagaikan di ikat.
Faiq hanya menggelengkan kepala sebelum meneruskan bacaan ayat Al Quran.
"LE.. LEPASKAN AKU!. PANAS!. PANAS!" makhluk bermata merah menjerit panas.
"Tiada tuhan selain Allah SWT. Nabi Muhammad itu pesuruh Allah SWT. Kekuatan mu itu adalah kerana Allah SWT memberi kelebihan, tapi tiada kekuatan lain melebihi Allah Azza Wajalla!"
Faiq bertepik kuat sebelum melepaskan satu tamparan tepat ke dada makhluk hitam. Terasa bahang secara tiba-tiba dalam bilik tengah, perlahan makhluk hitam berbulu mengejang sebelum hancur menjadi debu. Faiq jatuh terduduk, dadanya bergelombang kencang.
"Sa..sayang.." nada suara Faiq tergagap-gagap memanggil isterinya. Tubuhnya dirasakan lemah yang amat sangat.
Suhaila yang tersentak saat terdengar suara Faiq segera bergegas membuka pintu dan menghampiri Faiq yang tampak keletihan. Suhaila memapah Faiq bangkit menuju ke dalam bilik tidur utama. Peluh membasahi dahi Faiq, nafasnya tersangkut-sangkut. Pandangan matanya melihat Suhaila bersusah payah membantunya. Senyuman terukir di wajah Faiq.
"Terima kasih, sayang" Faiq mengusap lembut pipi isterinya.
"Dah, abang jangan banyak gerak. Abang rehat ye" senyum Suhaila sebelum meriba Faiq di atas pahanya. Suhaila mengusap lembut rambut Faiq.
Mata Faiq perlahan-lahan terkatup tanda keletihan yang amat sangat. Suhaila hanya tersenyum dan meletakkan kepala Faiq di atas bantal. Perlahan Suhaila bangkit untuk menuju ke bilik air. Suhaila berpaling melihat suaminya yang sedang nyenyak tidur.
"Abang, you are the special one.."
Tamat Chapter 1
Adakah anda bercita-cita bergelar penulis?. Mempunyai karya dalam simpanan?. Thriller?, Seram?. Pschyo?. Mahupun Seramedi?. Hantarkan kepada kami di :
seram7dimensi.submitstory@gmail.com
*Kami akan membantu penulis sedaya yang boleh menggunakan secebis ilmu yang kami ada.
Yang baik dari Allah SWT, Yang buruk datangnya dari Admin Seram 7 DimensI.

Ulasan
Catat Ulasan