DEBU KEMATIAN By Tuan Muhammad Faiz
Assalammualaikum..
Setelah lama gantung pen..
Berhenti menulis kerana beberapa sebab..
Karya yang kurang kick๐ ๐ untuk santapan pembaca.. maaf kurang kick.. Idea x ada..
Berhenti menulis kerana beberapa sebab..
Karya yang kurang kick๐ ๐ untuk santapan pembaca.. maaf kurang kick.. Idea x ada..
DEBU KEMATIAN
Tuan Muhammad Faiz
"Rayyan, ke sini nak.." Sheila melambai-lambai ke arah Rayyan yang sedang bermain sendiri.
Rayyan berlari-lari anak sebelum mendakap erat tubuh ibunya, Sheila. Ummi hanya menggelengkan kepala melihat Sheila di hadapan rumah sebelum kembali masuk ke dalam rumah kembali.
"Hafiz, Ummi naik takut tengok Sheila. Macam orang gila, petang tadi dia senyum sendiri sambil peluk anak patung arwah Rayyan.." keluh Ummi pada Hafiz anaknya.
"Hmm.. Tak kan saya nak hantar ke hospital sakit jiwa Ummi. Dia kan isteri saya, amanah saya.." kata Hafiz sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk.
"Aku tak kira!. Kau hantar isteri kau keluar dari rumah ni, masa kau kahwin dengan dia dulu aku tak bagi kau degil. Dia bawa sial kau tahu tak!" nada Ummi sedikit meninggi membuatkan Hafiz terdiam seribu bahasa.
****
Hafiz melangkah perlahan menuju ke bilik tidur. Tangan kanannya membuka tombol pintu, cahaya dari luar bilik menerjah ke ruangan katil. Biasan cahaya menerjah ke wajah Sheila yang sedang nyenyak tidur. Hafiz sebak, semakin sebak. Kematian Rayyan membuatkan isterinya separuh gila. Siapa yang bersalah dalam hal kematian Rayyan masih lagi tidak terungkai, jika di lihat pada kronologi kes sememangnya jatuh pada Sheila kerana dia ada di lokasi kejadian. Sedangkan Ummi keluar bersama dengan Datin Marlia, Datin Marlia sendiri yang mengesahkannya.
****
Malam semakin sunyi, Ummi terasa bahang sendiri. Di kuatkan lagi angin penghawa dingin supaya rasa panasnya semakin hilang tapi rasa panas masih lagi tetap berbahang.
"Hi.. Hi.. Hi.."
Ayunan tangan Ummi kaku sendiri saat mendengar ketawa anak kecil dari luar rumah. Peluh jelas kelihatan mengalir membasahi dahi Ummi, Ummi bingkas bangun untuk melihat dari luar jendela. Keadaan malam yang gelap gelita di tambah dengan keadaan mata Ummi yang sedikit rabun membuatkan dia tidak dapat melihat dengan jelas.
Kaca mata yang di letak atas meja bersebelahan katil di capai sebelum di pakai. Saat lensa kaca mata selari dengan mata, tubuh Ummi mula menggigil sendiri. Cahaya bulan penuh di malam itu menampakkan bayang susuk tubuh seorang budak berdiri tegak seakan melihat ke arahnya. Tiada warna hanya hitam semata-mata.
"Jangan kacau aku, jangan kacau!. Syaitan!" marah Ummi lagak gaya bagaikan orang hilang akal.
Tangannya di ayun kanan kiri bagai menghalau sesuatu entah mengapa tiba-tiba Ummi hilang keseimbangan badan dan jatuh terlentang. Saat tubuhnya jatuh terlentang, bulu roma Ummi merinding sendiri saat melihat wajah budak kecil menembusi siling rumah dengan wajah yang buruk dan jelas terlihat lendir-lendir kekuningan.
"Arrgghhh!!.." Ummi bertepik kuat.
Hafiz yang tersentak dari lena terus bergegas menuju ke bilik Ummi. Ummi menggigil ketakutan menunjuk-nunjuk ke arah siling bilik.
"Ummi, kenapa ni?." riak wajah Hafiz kelihatan cemas.
"Anak kau dah jadi setan!. Sama macam mak dia, setan!.." Ummi melemparkan kata-kata kesat.
"Ummi, bawa bertenang. Istighfar, Ummi.." Hafiz cuba meredakan keadaan.
"Kenapa?. Rayyan datang melawat?" soal Sheila tersenyum sinis dari depan ointu bilik.
"Kurang ajar!." Ummi bingkas bangun dan melepaskan satu tamparan kuat di pipi Sheila. Sheila hanya tersenyum sinis dengan darah yang mengalir dari bucu bibir.
"Darah?. Hahahaha.. Darah yang mengalir ini akan tentukan siapa yang bersalah!. Rayyan akan datang jemput kau, pembunuh!" tepik Sheila.
"Susanti! Lekas bantu puan sheila!" tepik Hafiz yang semakin tak keruan apatah lagi Sheila cuba menyerang Ummi.
Susanti berlari pantas memasuki ke bilik tidur Ummi, saat kakinya melangkah masuk.
"Astaghfirullahalaziim!" Susanti seakan tergamam sendiri.
Kelibat Rayyan duduk bersila di atas siling meremangkan bulu romanya, senyuman yang terukir membuat Susanti takut untuk masuk.
"Cepatlah, Susanti!. Puan Sheila dah makin ganas ni.." gesa Hafiz.
Mahu atau tak, Susanti harus berhadapan dengan makhluk halus menyerupai wajah Rayyan. Di capai tubuh Puan Sheila, tangannya berasa sejuk dingin bagaikan air batu.
"Puan Sheila, kena rasuk!" jerit Susanti.
Keadaan di dalam rumah semakin tak terkawal. Tenaga Sheila sukar di bendung, satu tolakan kuat menyebabkan Susanti melambung je belakang.
"Kau bunuh anak aku!" nada Sheila kedengaran garau membuatkan Hafiz yang memegang Ummi tergamam.
****
Ummi bersiap segera untuk keluar bersama dengan Datin Marlia. Saat Ummi mahu keluar dari rumah, matanya melirik ke arah Rayyan yang sedang asyik bermain anak patung kesayangannya, Ummi tersenyum sinis. Perlahan Ummi mendekati patung Rayyan sebelum melumurkan dengan debu berwarna pink di seluruh tubuh patung.
"Matilah kau lepas ni, menantu tak guna.. Cucu pun tak guna, baik mati! Tahu nak hidup senang ja!" bisik hati kecil Ummi.
Ummi menuju ke pintu dan berlalu pergi meninggalkan Rayyan memeluk tubuh patung kesayangannya. Saat hidung Rayyan bergesel dengan patung kesukaannya, entah mengapa tubuhnya tiba-tiba menggigil sebelum terbaring di atas lantai seakan penyakit sawan. Mata Rayyan kelihatan merah menyala, badannya kejung dengan mulut berbuih putih. Sheila yang baru sahaja mengambil pakaian di ampaian tergamam melihat Rayyan sebegitu rupa. Rayyan meninggal di dalam Ambulan akibat debu misteri kepunyaan Ummi.
****
Hafiz menangis teresak-esak mendengar cerita dari Sheila yang bagaikan di rasuk. Susanti pula terdiam seribu bahasa dan tidak menyangka Ummi sekejam itu sanggup membunuh cucunya sendiri.
"Kau lebih percaya perempuan tak guna ni dari aku, Hafiz!. Anak derhaka!" Ummi cuba meluru ke arah Hafiz. Sheila tampil ke depan merangkak merenung tajam ke arah Ummi.
Ummi tersentak dan berundur ke belakang beberapa langkah bagi melindungi dirinya, entah bagaimana plastik beg yang mengandungi debu berwarna pink jatuh dari poket baju tidur di atas lantai. Kaki Ummi terpijak plastik beg kecil yang mengandungi debu berwarna pink dan tergelincir jatuh tepat di kepala bucu katil. Darah merah jelas menyeruak di dalam bilik, besi bucu katil yang sedikit tajam terbenam tepat dalam kepala Ummi. Ummi kaku tak bergerak, nafasnya sudah pun terhenti dengan mata yang terbuka luas. Sheila tiba-tiba rebah ke bumi dan sedar dari rasukan. Air matanya mengalir deras, apalah malangnya dia menjadi anak lorong dan di jadikan isteri oleh Hafiz lelaki paling baik. Dia ingin berubah menjadi orang baik tapi Ummi sendiri tak mampu untuk terima bekas pelacur menjadi isteri pada anaknya.
Tamat.



Ulasan
Catat Ulasan