Kerana MIKA
Kerana MIKA
By MiraTheWriter
Kelihatan sebuah kereta meluncur laju di sebuah jalan raya kaki kaki anak gunung. Suasana yang dingin cukup terasa bagi penumpang-penumpang di dalam kenderaan tersebut. Dari jendela kereta kabus hampir menutupi seluruh kawasan tersebut. Tiada pemandangnya yang jelas kelihatan saat itu. Hanya jarak seratus meter ke hadapan sahaja boleh dilihat waktu itu. Sepanjang perjalanan mereka terlihat banyak deretan gerai-gerai yang menjual sayur-sayuran,buah-buahan dan juga tanaman bunga. Tiga anak gadis di dalam kereta tersebut cukup teruja untuk menikmati percutian mereka waktu itu.
"Maya..dah confirm kan homestay tu?" Tiba-tiba salah seorang dari mereka mengutarakan soalan.
"Eh..dah..aku call owner homestay tu..cakap memang dorang dah standby siap-siap bilik kita tempah tu." Ujar gadis bernama Maya yang sedang memandu kereta tersebut.
"Cantik la.…heeee…aku dah lama gila ngidam nak bercuti ala-ala kat luar negara ni..hehehehehe." Kata gadis yang memberi soalan itu tadi.
Di belakang bahagian penumpang seorang lagi rakan mereka hanya berdiam diri melihat telefonnya dengan berwajah muram. Maya hanya memerhatikan rakannya itu dari cermin sisi belakang.
"Wei..Syica…uda..uda..la tu….lupakan jantan tak guna tu..buat apa kau nak ingat balik si buaya darat tu?" Ujar Maya menegur temannya dibelakang bernama Syica tersebut.
"Ishh..kau tengok si Lyn ni hah..masa dia break dulu..ok je pun lepas dua tiga hari..yang kau ni dah dekat sebulan kot..uda la tu.." Tambah Maya lagi sambil menumpukan kembali pandangannya ke depan kereta.
Rakan mereka bernama Syica itu hanya berdiam diri tidak memperdulikan apa yang dikatakan oleh Maya. Kereta yang dipandu Maya tiba-tiba memasuki satu simpang. Kiri kanan jalan di simpang tersebut hanya pohon-pohon kayu besar yang tumbuh. Jalannya hanya menaiki bukit yang tinggi. Tidak ada rumah yang kelihatan sepanjang jalan tersebut.
"Ni ke homestay tu?" Tanya gadis bernama Linda atau lebih suja di panggil Lyn kepada Maya saat mereka tiba di sebuah rumah yang cukup cantik sekelilingnya seperti rumah-rumah desa di bahagian eropah.
"Yala..habis kau nak kat mana lagi?" Balas Maya sambil membuka tali pinggang keselamatan yang dipakainya.
Pintu depan rumah itu dibuka oleh seseorang. Tidak lama selepas itu kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 50an keluar dari muka pintu tersebut. Rambut wanita itu kelihatan bersanggul kemas meskipun sudah terlihat warna putih ubannya yang banyak. Baju yang dipakainya hanya biasa dan bahagian bawah tubuhnya hanya dipakaikan kain sarung batik biasa.
"Eh maya..maya..ni la kot tuan rumah tu." Kata Linda sambil menolak-nolak tubuh Maya.
"Ish kau ni..jom la keluar dulu!" Bentak Maya kegeraman tubuhnya di tolak-tolak.
Setelah itu mereka bertiga pun keluar dari kereta. Kelihatan wanita tua dihadapan mereka itu hanya tersenyum dan berjalan menuju ke hadapan mereka.
"Makcik Mona ye?" Soal Maya kepada wanita berkenaan.
"Hahahaha..ye..makcik Mona la ni." Kata wanita tersebut dengan mesra kemudian menghulurkan salam.
"Heee..takut salah orang makcik..huhuhu.." Ujar Maya sambil menyambut salaman yang diberi.
"Makcik tak kesejukkan ke?tengok pakaian makcik ni nipis je." Kata Linda sambil memeluk tubuhnya di dalam pakaiannya yang cukup tebal itu.
"Hahahahaha..eh..makcik dari kecil dah hidup sini nak..dah biasa dah dengan suasana sini..jangan heran..hahahahha.." Balas makcik Mona sambil tertawa kelucuan.
Syica hanya membiarkan mereka bertiga bercerita. Sementara dia berjalan-jalan di bahagian hujung perkarangan rumah itu. Sampainya di pagar,kelihatan kawasan itu cukup curam dan tinggi. Kerana gayat dia kemudian berjalan kembali ke arah mereka bertiga. Tiba-tiba di hujung sudut rumah itu dia terpandang akan seorang gadis kecil mengintai-intai memandang ke arah rakan-rakannya dan makcik Mona. Syica tidak berapa menghiraukannya. Dia meneruskan perjalanannya menuju ke arah rakan-rakannya itu.
"Jadi makcik confirm la ye harga macam yang kita cakapkan ari tu?" Kata Maya kepada makcik Mona.
"Ishh..kau ni..ye..ye..hahahaha.." Balas makcik Mona sambil tertawa.
Tidak lama selepas itu Maya mengeluarkan wang tunai bernilai Rm300 dan memberikannya pada makcik Mona. Linda saat itu memandang sekeliling kawasan tersebut. Dia pun dengan segera perasan akan anak gadis kecil memerhatikan mereka dari hujung sudut luar rumah tersebut.
"Tu anak makcik ye?" Soal Linda sambil memberi tanda ke arah yang dimaksudkannya.
"Hah..??oooo…tu anak angkat saya..Mika nama dia..jap ye..Mika..!!!mari sini!!" Kata makcik Mona memanggil anak gadis kecil bernama Mika itu.
Mika pun berjalan menuju ke arah mereka. Kelihatan pemakaiannya sangat lusuh. Rambutnya tidak terurus. Banyak kesan-kesan parut luka pada tangan dan kakinya saat itu. Maya dan Linda saling berpandang antara satu sama lain selepas melihat Mika itu. Syica hanya memerhatikan tindak tanduk Mika menuju ke arah mereka.
"Hah..lepas ni kau angkat barang-barang kakak-kakak semua ni pi bilik atas yang dah aku kemas tu." Arah makcik Mona dengan nada tegas.
Mika hanya menganggukkan kepalanya. Tiada reaksi langsung terlihat pada wajah Mika. Maya dan Linda keheranan. Banyak tanda tanya muncul di kepala mereka saat itu.
"Maaf la ye tinggi suara..dia ni ada masalah pendengaran sikit..hahahaha.." kata makcik Mona menjelaskan kenapa dia meninggikan suaranya.
"Ooowhhhhh….." Kata Linda dan Maya serentak.
"Mika di ibubapa dia mati dibunuh..lepas tu saya la yang ambik dan besarkan dia..mungkin gara-gara melihat kejadian pembunuhan didepan matanya dulu membuatkan wajahnya sentiasa begitu..seperti tiada riak wajah..sedih ke gembira ke sakit ke sama saja seperti itu." Terang makcik Mona lagi.
Maya dan Linda hanya menganggukkan kepala tanda faham. Kemudian makcik Mona menjemput mereka untuk masuk ke rumah dan menuju ke bilik yang disediakan buat mereka bertiga. Maya dan Linda terus mengikuti makcik Mona. Hanya Syica yang tinggal di luar bersama-sama dengan Mika. Syica kemudian duduk mencangkung dihadapan Mika. Kemudian dia mengeluarkan sebiji gula-gula coklat dan memberikannya pada Mika. Mika membuka gula-gula tersebut dan kemudian memakannya.
"Sedap?" Soal Syica. Mika hanya menganggukkan kepalanya.
Selepas itu Syica mengeluarkan barang-barang mereka bertiga dari kereta itu. Kelihatan Mika mengangkat salah satu beg pakaian yang di keluarkan oleh Syica dan terus masuk ke dalam rumah. Syica hanya melihat gerak-geri gadis kecil tersebut. Seketika itu Syica memandang ke seluruh sudut kawasan tersebut. Terlihat dia menarik nafas panjang dan menghembuskannya keluar. Setelah itu dia pun masuk ke dalam rumah tersebut.
_______________
Malam sudah melabuhkan tirai di kawasan kaki pergunungan itu. Kabus tebal mula menutupi seluruh kawasan tersebut. Kesejukkan yang amat mula terasa hingga ke tulang belikat. Di bilik di mana mereka bertiga tinggal,kelihatan Linda dengan senangnya bertiarap sambil mengangkat-angkat kakinya di atas katil. Syica pula hanya duduk di tepi tingkap melihat keluar rumah di mana lampu-lampu kelimantang berwarna-warni kelihatan di halaman rumah yang luas itu.
"Mana Maya ni?" Tiba-tiba Linda mula bersuara.
"Syica..kau dengar tak aku tanya ni…" Kata Linda lagi dan terus duduk bersila di atas katil tersebut.
"Ishh..kat luar la tu tengah borak dengan makcik Mona tu mungkin." Jawab Syica dengan riak wajah masam.
"Ehh kau ni..datang bulan ke hapa..orang tanya elok-elok pun." Balas Linda kemudian menjulurkan lidahnya pada Syica.
Syica hanya menjeling kemudian meneruskan pandangannya keluar rumah. Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Kelihatan Maya masuk sambil memakai baju jaketnya yang tebal.
"Ehh..kau dari mana hah?" Soal Linda saat Maya masuk ke bilik tersebut.
"Kat dapur tadi jap..ceta-ceta ngan makcik Mona..rupanya dia dan Mika je tinggal kat umah ni..makcik tu balu..ni semua tempat ni waris peninggalan arwah suami dia..takde anak kandung..yang ada si Mika serabai tu je." Kata Maya sambil naik ke katil dan terus menarik selimut kerana kesejukkan.
"Patut la..ehh kau….sedap mulut je cakap budak tu serabai..tapikan aku heran gak la..banyak parut luka kat badan budak tu aku tengok.." Ujar Linda sambil ikut sekali masuk ke dalam selimut.
"Hah..tu tadi aku tanya kat makcik tu..kata makcik tu parut-parut luka kat badan budak tu gara-gara bekas torehan pembunuh mak bapak budak tu..nasib baik orang kampung sempat selamatkan..kalau tak budak tu pun entah-entah mati masa tu." Balas Maya sambil mengigil-gigil kesejukan di dalam selimut.
Syica hanya mendengar apa yang diperkatakan oleh dua orang teman karibnya itu. Tetapi matanya tetap fokus melihat keluar jendela. Tiba-tiba dia terpandang sosok tubuh Mika berlari di halaman rumah itu sambil di kejar oleh makcik Mona. Makcik Mona dapat menangkap Mika. Setelah itu makcik Mona merotan tubuh belakang Mika berkali-kali. Tetap raut wajah Mika langsung seperti tidak kelihatan dia sedang kesakitan. Melihat hal itu Syica seraya berdiri.
"Napa Syica?" Soal Maya saat melihat Syica berdiri dihadapan jendela bilik tersebut.
"Dia ni datang bulan..dari tadi monyok terus." Ujar Linda sambil menjeling ke arah Syica.
"Aku nampak makcik Mona pukul Mika dari jendela ni." Kata Syica sambil menunjuk ke depan. Tetapi saat dia memandang kembali tiada lagi sosok kedua orang tersebut.
Maya dan Linda seraya bangkit dan menuju ke depan jendela tersebut. Puas mereka perhatikan tetapi tidak kelihatan pun sosok tubuh makcik Mona dan Mika saat itu.
"Takde pun.." Ujar Linda sambil mengangkat tangannya seperti tentera tabik ke hadapan.
"Entah la..tadi aku nampak ada..depan tu je..dekat tiang lampu tu." Balas Syica.
"Emm..mungkin kau berkhayal kot Syica.." Kata Maya kemudian kembali ke arah katil mereka.
Setelah beberapa waktu mereka pun tidur dengan lena di dalam suasana yang cukup dingin tersebut. Hampir beberapa jam kemudian Syica terbangun kerana ingin membuang air kecil. Dia pun menuju keluar bilik itu untuk turun ke tingkat bawah. Kemudian dia berjalan menuju ke bahagian dapur. Tiba-tiba dia terdengar sesuatu dari luar sebuah bilik berdekatan dapur tersebut.
"PAKK!!!PPAKKKK!!!!"
"AWAS KAU BANGSAT KALAU KAU CUBA NAK BUAT MACAM-MACAM!!!!"
Kedengaran suara makcik Mona dengan nada suara marah di dalam bilik tersebut. Bunyi sesuatu di hambatkan pun jelas terdengar. Mendengar hal tersebut Syica menjadi lebih ingin mengetahui. Dia pun merapatkan telinganya ke daun pintu bilik tersebut.
"Tapi akak tu baik…."
"Baik ke tak baik ke tu bukan urusan kau!! Kalau kau nak selamat kau dengar cakap aku baik-baik!!"
Darah Syica mulai seriau mendengar suara makcik Mona yang garang itu. Kemudian dia membatalkan niatnya untuk ke tandas. Seraya itu dia berlari menuju ke bilik mereka kembali. Setelah itu dia terus membangunkan kedua sahabat baiknya yang lena di ulit mimpi itu.
"Wei..wei..bangun la korang..bangun!!!" Ujar Syica sambil mengoyang-goyangkan tubuh kedua orang sahabat karibnya itu.
"Ishh..Syica..kau dah kenapa ni..??tido laaa.." Kata Maya dengan nada suara yang lemah.
"Maya..Lyn..bangun la..cepat…." Kata Syica lagi sambil mengoncang kuat tubuh Maya dan Linda.
"Ehhhh…minah ni…kau pehal hah.." Ujar Linda terus bangun dan duduk sambil mengosok-gosok matanya. Tidak lama kemudian Maya pun bangkit dari tidurnya.
"Wei korang..aku rasa ada sesuatu tak kena dengan makcik Mona tu la…." Ujar Syica dengan berbisik.
"Kau cakap apa ni Syica?aku tengok orang tua tu ok je pun." Kata Maya sambil memusing-musingkan tubuhnya sambil terdengar bunyi letupan disetiap tulang belakangnya.
"Ok..camni..tadi aku nak gi tandas..aku turun la pi bawah..lepas tu aku dengar suara makcik tu kat sebuah bilik dengan marah-marah..aku rasa dia marah dan pukul budak Mika tu la..jelas dengar kot bunyi tiap kali dia pukul si Mika tu." Terang Syica sambil-sambil memandang ke bawah pintu takut ada orang di hadapan pintu bilik tersebut.
"Emm..kau yakin kau tak ngingau atau berkhayal Syica?" Soal Maya.
"Sumpah Maya demi tuhan aku dengar dengan jelas." Kata Syica sambil mengangkat tangannya bersumpah.
"Ok camni..kita pergi check..kalau betul apa yang kau cakapkan ni..ni boleh jadi kes penderaan ni..maksudnya makcik tu menipu dengan apa yang dia cakapkan tadi." Balas Maya sambil melihat kedua orang rakannya itu.
"Wei..wei..aku takut la….aku tunggu kat sini jela ye?" Ujar Linda sambil memegang kedua tangan sahabat baiknya itu.
"Ishh..tak boleh..kalau ada apa-apa..kita terus lari sama-sama." Balas Maya.
Setelah puas berbincang mereka bertiga pun memulakan misi mereka untuk cuba mencari kebenaran di rumah itu. Mereka keluar dari bilik itu perlahan-lahan dan terus turun ke bahagian bawah rumah tersebut. Saat berada di depan pintu bilik di mana Syica katakan. Mereka bertiga mendakapkan telinga mereka didepan pintu tersebut.
"Prakkhh!!!Prakkhh!!!"
"KAU NI MEMANG CELAKA!!!TAK SERIK LAGI KE AKU PUKUL KAU NI HAH!!!"
"Ampun mak..ampun..jangan...."
Kedengaran suara makcik Mona dan Mika di dalam bilik tersebut. Bunyi tubuh Mika di kerjakan sangat jelas. Mereka bertiga saling berpandangan saat itu.
"Nak buat apa ni?" Soal Linda.
"Kita kena selamatkan Mika..kalau tak mati budak tu nanti." Jawab Maya.
Syica hanya menganggukkan kepalanya. Kemudian mereka berdiri tegak. Kelihatan Maya seperti hendak membuat perkiraan.
"1..2..3!!!!!"
"TRRAKKHH!!!!"
Mereka menerobosi daun pintu tersebut. Terlihat saat itu Mika diikat di tiang manakala makcik Mona sedang berdiri di hadapan Mika sambil memegang sebuah cemati panjang. Keadaan bilik itu cukup kotor. Bau busuk seperti daging buruk keciuman di seluruh pelusuk bilik tersebut.
"Bbuuuekkkk!!!!bbuekkk!!!!" Linda termuntah saat mencium bau yang ada dibilik itu.
"Makcik!!!!apa makcik buat ni hah?!!!" Jerit Maya sambil menunjuk ke arah makcik Mona.
"Celaka..kamu semua tak payah ikut campur..ni urusan aku dan dia..kamu nak tinggal sini..tinggal cara baik..jangan masuk campur urusan orang!!!" Jerit makcik Mona dengan berang.
"Makcik..apa yang makcik buat ni salah tahu tak?!!!ni penderaan..boleh di dakwa dan di tangkap polis makcik!!!" Kata Maya dengan tegas.
Syica cuba untuk merapat dan melepaskan Mika. Melihat kelakuan Syica itu,makcik Mona terus melibaskan cematinya pada Syica.
"SKKKHHHH!!!!"
"ARGGGHHH!!!"
Syica menjerit kesakitan kerana lengannya terkena pukulan cemati itu.
"Aku cakap jangan masuk campur..kalau kamu nak selepas dia bahagian kamu pulak!!!!" Kata makcik Mona dengan mata yang terbeliak.
Kesan luka calaran di lengan Syica mula menunjukkan munculkan cecair merah yakni darah. Melihat keadaan sahabatnya itu. Maya menjadi berang. Kemudian dia mencapai sebuah kerusi plastik di tepi pintu itu dan terus menghumbankannya ke arah makcik Mona. Makcik Mona cuba untuk mengelak tetapi terlambat. Kerana terkena akan kerusi itu. Makcik Mona pun tersungkur kebelakang.
"Syica cepat buka tali Mika tu!!!" Jerit Maya.
Linda saat itu tidak tertahan balik-balik terasa ingin muntah. Dia pun berlari menuju keluar dan tercungap-cungap menarik nafas. Syica terus dengan cepat mendekati Mika yang terikat di tiang itu. Dia terus membuka ikatan pada tubuh Mika. Setelah itu dia menarik tangan Mika dan cuba membawanya keluar dari bilik tersebut.
"Jangan!!!!!" Jerit makcik Mona dalam keadaan separuh baring.
"SKKRRKKHH!!!!SSKKRRHHH!!!!"
Tubuh Syica terhenti seketika. Bahagian belakang tubuhnya terasa ngilu dan pedih. Seperti ada cecair yang suam mengalir dari belakang tubuhnya. Dia cuba memalingkan kepalanya kebelakang. Terlihat Mika memegang pisau dengan riak wajah yang kosong.
"Hmm??napa kak??sakit??" Kata Mika sambil memusingkan pisau di tangannya.
"Syica!!!!!!!!!" Jerit Maya bila melihat sahabatnya itu di tikam oleh Mika dari belakang.
"Aku dah cakap jangan masuk campur!!!!kamu tak tahu budak ni ada masalah mental!!!!" Jerit makcik Mona kemudian cuba berdiri.
Belum sempat dia berdiri usai Mika sudah berada di depannya. Mata makcik Mona saat itu terbeliak melihat kaki Mika di depannya.
"Mak….pandanglah muka Mika…" Kata Mika.
Makcik Mona perlahan-lahan mendongakkan kepalanya keatas. Terlihat wajah Mika yang langsung tiada reaksi terwujud umpama sebuah wajah pantung. Kosong tiada apa-apa reaksi perasaan.
"Mika..mi..mika..mak..mmmmm..mminta maaf nak.." Kata makcik Mona dengan tergagap-gagap.
"Maaf di terima….tapi….saya nak darah mak…" Balas Mika kemudian mengangkat pisau di tangannya dan cuba untuk menikam makcik Mona.
Belum sempat Mika menikam makcik Mona. Maya merempuh badan Mika hingga dia hilang keseimbangan badan dan terjatuh ke depan.
"Makcik cepat!!!!" Kata Maya kemudian menarik tangan makcik Mona.
"Linda!!!!Linda!!!!!!" Teriak Maya memanggil Linda di luar.
Linda dengan gelabah kemudian datang ke depan pintu bilik sambil menutup hidungnya. Matanya terbeliak saat melihat Syica tertiarap di bilik itu.
"Linda!!!!cepat tolong Syica!!!" Jerit Maya kepada Linda.
Linda hanya berdiri kaku saat itu. Antara bingung dan ketakutan dia tidak tahu apa perasaannya ketika itu.
"Linda!!!!!!!!" Jerit Maya lagi.
Linda kemudian tersentak dan terus pergi ke arah Maya yang berdiri memapah makcik Mona di tepi Syica. Linda kemudian cuba untuk membangunkan Syica yang parah ditikam itu tadi. Air mata mula bergenang di mata Linda saat melihat bekas tikaman di belakang Syica.
_____________
"Linda lekas!!!!angkat Syica tu!!!kita lari cepat!!!!" Bentak Maya dengan marah.
Linda terus mengangkat tangan Syica dan cuba untuk mendirikan Syica. Tiba-tiba matanya tertumpu ke arah sepasang kaki yang berdiri didepannya. Kelihatan kaki itu mempunyai banyak bekas kesan parut luka lama.
"Akak…nak pergi mana..jangan tinggalkan mika…." Suara Mika kedengaran. Linda cuba mengangkat kepalanya untuk melihat.
"CCRRKKAHHH!!!!"
"WARRGGHHHHH!!!!!ARRGHHHHH!!!!!ERRKKHH!!!!"
Linda menjerit meronta-ronta. Saat itu terlihat sebilah pisau tertusuk ke bahagian mata kirinya. Linda berguling-guling di lantai kerana kesakitan. Wajahnya mula dipenuhi oleh darah merah yang mengalir dari matanya.
"Linda!!!!!" Jerit Maya saat melihat sahabatnya itu menjadi mangsa Mika.
"Awak lari..lari!!!!" Kata Makcik Mona sambil menolak tubuh Maya.
"Tidak..kita lari sama-sama makcik!!!" Tegas Maya sambil menarik tangan makcik Mona.
"Saya pun nak ikut boleh..??" Tiba-tiba dari tubuh makcik Mona kelihatan Mika menjenguk dengan wajah yang tiada reaksi.
Mata Maya terbeliak saat itu. Dia cuba menarik tangan makcik Mona tetapi tidak dapat seperti berat. Kemudian dia menoleh ke arah makcik Mona. Kelihatan makcik Mona tersenyum nyeri melihatnya.
"Hihihihihihi..jangan la tarik kuat sangat..apa kata awak yang ikut kami..tinggal di sini bersama kami..hihihihihihi." Kata makcik Mona dengan riak wajah yang menyeramkan.
Maya terus melepaskan tangan makcik Mona. Kemudian dia berjalan mengundur perlahan-lahan. Sambil mengeleng-gelengkan kepalanya saat itu.
"Apa semua ni makcik?apa semua ni??permainan apa yang makcik main ni?apa ni?!!!!!" Jerit Maya.
"Hihihihihihi..jangan marah cik Maya..kami ni cuma pengumpul koleksi sahaja..hihihihihi." Ujar makcik Mona sambil berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Maya.
"Koleksi apa sampai begini caranya ni hah?!!!" Kata Maya dan perlahan-lahan menuju ke luar pintu bilik itu.
"Emmm..akak jangan marah mak..cuma ni hobi kami kak..kumpul koleksi tubuh badan manusia saja.." kata Mika sambil mengoyang-goyangkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.
Mendengar kata-kata Mika itu maka sedarlah Maya yang mereka sebenarnya termasuk dalam perangkap permainan kedua orang psikopat ini. Dia melihat Syica yang sudah tidak bernafas. Manakala Linda…….
"Prakkhhh!!!!"
"Lari maya..lari!!!!!" Jerit Linda sambil memegang kaki makcik Mona dan Mika saat itu.
"Linda..haaaaa….!!!!!" Jerit Maya dengan tangisan melihat sahabatnya yang wajah berlumuran darah itu cuba memberinya peluang untuk menyelamatkan diri.
"Lari maya..lari..hehehe..takpe..moga kita bertemu di syurga nanti…." Kata Linda sambil melihat ke arah Maya dengan satu senyuman manis yang terakhir kalinya.
"PAKK!!!PAKK!!!PAKKK!!!
"LEPAS LA BODOH!!!LEPAS!!!!" Jerit makcik Mona sambil menginjak-injak kepala Linda saat itu.
Kelihatan beberapa kali muka dan kepala Linda terhempas-hempas ke lantai simen rumah tersebut. Akhirnya tangan Linda melemah dan lepas dari genggamannya pada kaki makcik Mona dan Mika. Tidak lama selepas itu kelihatan darah banyak mengalir keluar dari kepala Linda yang menghadap ke bawah lantai tersebut.
"Linda!!!!!" Jerit Maya dan terus berlari untuk menyelamatkan dirinya.
Maya dengan cepat keluar dari pintu utama rumah itu. Kedinginan malam itu tidak langsung dirasakannya. Dia kemudian cuba untuk ke arah kereta mereka. Baru sahaja dia sampai di depan kereta baru di terkenang akan kunci kereta berada di bilik atas tempat mereka tinggal. Maya kemudian meninggalkan kereta itu dan berlari dengan kencang cuba untuk meninggalkan kawasan perumahan itu. Baru sahaja dia menjejakkan kakinya di pagar utama masuk ke kawasan rumah tersebut.
"PRRAKKKHHHH!!!!!!"
"ERKKKKKK!!!!!!!"
Kelihatan sebilah kapak terpacak tepat di tengah belakangnya. Maya memusingkan tubuhnya dan terlihat Mika berjalan ke arahnya dengan wajah tiada bereaksi sama sekali. Sedikit demi sedikit pandangan Maya menjadi kabur dan tidak jelas. Akhirnya hanya gelap dan kelam. Maya menghembuskan nafas terakhirnya.
"Kringg..kringg..kringg!!!"
"Helo..homestay murah..boleh saya bantu?"
Kelihatan makcik Mona menjawab panggilan telefon di tepi meja. Tidak lama kemudian Mika masuk ke ruangan tersebut dan pergi ke arah sebuah almari. Terlihat banyak sekali kepala manusia tersimpan seperti arca dan si tangan Mika terlihat kepala Maya dengan mata terbeliak dan mulut ternganga.
-tamat-

Ulasan
Catat Ulasan