Dicatat oleh
Seram 7 Dimensi
PENANGAN ILMU HITAM
Tuan Muhammad Faiz
"You ni dah kenapa?. I nak cepat sampai, salah ke?" rengus Nita melepaskan beg kertas berlogo 'GUCCI' ke tanah.
Que Malik menoleh dengan riak wajah yang berang, dia menuju ke arah Anita dan terus melepaskan satu tamparan yang agak kuat di pipi Anita. Anita tergamam dan tidak menyangka Que Malik akan bertindak sedemikian rupa.
"Hei, perempuan!. Aku dah habiskan duit untuk kau hampir RM20,000 untuk beli barang jenama mahal!. Apa lagi yang kau nak!. Aku dah bagi semua, apa lagi yang kau nak!" tegas Que Malik menjengilkan matanya di hadapan wajah Anita yang sedikit ketakutan.
Que Malik mengambil beg kertas dan terus memberi dengan kasar pada Anita.
"Cepat sikit. Jalan terhegeh-hegeh!" kata Malik dan terus berjalan laju meninggalkan Anita.
"Celaka punya jantan!. Penangan Minyak pengasih dan Nasi Kangkang Mak Senah tak cukup kuat!. Kadang-kadang kuat, kadang-kadang tidak!" rungut Anita sebelum membuntuti Que Malik.
***
"Tunduk, Tunduk Sang Raja Terkuat,
Tunduk Pada Sang Ratu yang Hebat,
Ku Puja-Puja Kuasa Perkasa,
Hati Yang Kental Bisa Lebur,
Penangan Hitam Asal Tanah Kubur,
Roh Si Roh Perkuatkan Tubuh,
Kosongkan Jiwa Biarkan Bodoh!" Anita membaca mantera dengan peluh membasahi segenap tubuhnya. Kain batik yang di pakai kelihatan luncun bermandikan peluh, di tengah-tengah kelengkangnya kelihatan beras yang telah di isi di dalam periuk nasi.
Peluh yang berjurai jatuh saat melakukan ritual Nasi Kangkang masih tidak mencukupi luah rasa hati Anita. Kali ini Anita nekad mencampurkan sedikit darah datang bulan ke dalam nasi yang belum di tanak. Kemudian beras yang telah di ritual di basuh bersih, Anita tersenyum puas dapat memperbodohkan Que Malik. Harta Que Malik sahaja hampir mencecah RM5 juta hasil titik peluh dalam perniagaan.
****
"Abang.. Hari ni, Anita masak special untuk abang.." pujuk Anita sambil membuka tudung saji.
Masakan asam pedas dan beberapa lagi terhidang di atas meja. Entah mengapa Que Malik terasa berat untuk menjamah, fikirannya seakan mengimbas kembali pada bekas isterinya yang telah di ceraikan, Intan Najwa.
"Abang.. Makanlah sikit. Penat sayang masak tau.." rayu Anita.
"Hmm.. Yelah.." Que Malik terpaksa mengalah.
Di hadapan meja, secara spontan Que Malik menadah tangan membuatkan Anita bagaikan tak percaya.
"Auzu billahi minash shaitan nirrajim, Bismillahirahmannirahim.." Que Malik membaca doa makan dengan kusyuk.
Saat tangan kanannya baru saja inin menggaul lauk dengan nasi tiba-tiba..
PRANG!!. POM!!
Pinggan di hadapan matanya retak dan pecah, periuk nasi di belakang dapur turut terjatuh ke lantai. Riak wajah Que Malik berubah, air matanya berjurai jatuh.
"Allah.. Allah.. Allah.. kau lindung aku. Ya , Allah.." wajah Que Malik kelihatan pucat dengan kekuasaan ayat kalam Allah SWT.
"Kau..!" Que Malik kelihatan berang dan terus meluru ke arah Anita yang menggelupur ketakutan.
****
"Ya Allah, kau lindungilah bekas suami ku dari gangguan sihir hitam yang merupakan permainan syaitan. Hanya dengan nama Mu aku berlindung, dengan menyebut nama Mu aku meminta. Kaulah yang maha berkuasa dan lagi maha penyayang. Amiin." Intan Najwa meraup tangannya ke wajah. Kelihatan tenang di wajah Intan Najwa tapi dalam masa yang sama dia masih lagi merindui Que Malik, lelaki yang amat di cintai dan di sayangi.
****
Que Malik mengejar Anita sedaya upaya, Anita dengan pantas melarikan diri menuju ke lorong belakang rumah. Segala barang-barang di tinggalkan di rumah tak sempat untuk di ambil. Suasana di lorong kelihatan suram, Anita menggagahkan diri berjalan perlahan. Entah dari mana tiba-tiba angin kuat seakan menolak tubuhnya ke tengah jalan. Tubuhnya jatuh terlentang dan dengan pantas lori yang membawa muatan Ayam melanggar kepala Anita. Anita mati di situ dengan mata terbuka luas melihat ke arah longgokan sampah. Perlahan-lahan dari longgokan sampah kelihatan dua susuk tubuh muncul dan merangkak ke arah jasad Anita. Darah merah Anita di hirup sepuasnya, 'Dia' tersenyum menyeringai menampakkan kedua-dua taringnya sebelum hilang di bawa angin malam.
****
"Mak Senah, kalau saya tambah beberapa ramuan lagi boleh ke?."
"Boleh, untuk tambah kuasa pada kesannya. Macam darah dan najis.. Tapi aku tak sarankan sebab kesan dia terlalu kuat.. Aku ingatkan lagi, jangan buat tambahan apa-apa selagi tak berjumpa dengan aku. Jumpa aku dulu baru boleh buat penambahan, aku akan cuba berunding dengan 'Dia' kurangkan permintaan 'Dia'" kata Mak Senah.
"Ye, Mak Senah. Ada apa-apa lagi?. Kalau tak ada saya beransur dulu.." Anita melemparkan senyuman pada Mak Senah.
"Yelah.."
Saat Anita menuruni tangga, Mak Senah memberi ingatan sekali lagi pada Anita.
"Ingat!. Jangan sesekali kau tokok tambah ramuan yang aku bagi ni. Sekali kau tambah, sekali juga dia akan tuntut apa yang kau bagi. Jika darah yang kau bagi, jadi darah juga yang dia akan minta sampai bila-bila.. Ingat tu pesan aku!.." Mak Senah berulang kali memberi ingatan pada Anita.
****
Kehilangan Anita sedikit pun tidak merisaukan Que Malik. Sebalikya Que Malik telah merujuk semula dengan bekas isterinya, Intan Najwa. Sehingga sekarang tiada siapa tahu ke mana hilangnya, Anita Zakri.
Tamat



Ulasan
Catat Ulasan